Monday, February 4, 2013

Fizo suka pelajar


Kuala Lumpur: Pelakon popular, Fizo Omar, 28, mengakui sedang mengenali hati budi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Keusahawanan dari Universiti Limkokwing, Haas Jaafar, 25, melalui perkenalan mereka beberapa bulan lalu.
Fizo sebelum ini dilaporkan menafikan hubungan cintanya bersama seorang doktor dan kini mengakui hubungan itu bersama pelajar terbabit.
“Saya mengenali Haas beberapa bulan lalu bukan beberapa tahun lalu seperti didakwa. Perkenalan itu adalah melalui rakan,” kata pemilik 30 gerai burger di sekitar Lembah Klang itu.

Ditanya mengenai status Haas, Fizo berkata, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu begitu serasi dengannya malah hubungan mereka turut diketahui keluarga wanita terbabit.
Foto
FIZO dan Haas

“Semuanya masih di peringkat awal dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

No comments:

Post a Comment